Rumah-rumah penginapan yang terdapat di sekitar Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

Tuesday, 18 October 2011

Muqaddimah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya mengujudkan blog ini adalah kerana banyak pertanyaan dari pelancong dan pengunjung bandar Kuala Kangsar yang diajukan kepada saya, ini adalah kerana kerja saya melibatkan pelancong dan pengunjung ke bandar ini. Oleh itu, saya akan sedaya upaya memuatkan di blog ini sebanyak yang boleh homestay yang ada di Kuala Kangsar.
Memandangkan bandar Kuala Kangsar kini kerap menjadi tumpuan ramai sempena Keputeraan Sultan Perak, musim-musim persekolahan, kursus dan seminar, majlis perkahwinan, perlancongan dalam negara dan sebagainya, maka homestay amat diperlukan sebagai tempat penginapan perseorangan, keluarga atau rombongan yang datang ke Kuala Kangsar.
Maka dengan itu juga, saya berharap kawan-kawan yang mempunyai homestay atau pengusaha-pengusaha homestay di sekitar bandar Kuala Kangsar, bolehlah mengirimkan butir-butir ringkas beserta gambar kepada saya bagi dimuatkan ke blog ini dan mohon juga dipromosikan blog ini bagi kemudahan ramai di facebook, blog atau yang seumpamanya.
Saya juga bersedia menerima pandangan membina bagi kebaikan bersama.
Sekian, semoga blog ini dapat membantu pelancong dan pengunjung bandar Kuala Kangsar dan juga berjaya pada matlamatnya.